Tuesday, July 15, 2008

Kebebasan Penuntut IPT Berpolitik



kenapa masih sampai sekarang penuntut IPT tidak dibenarkan berpolitik... bukankah penutut IPT juga merupakan rakyat dan warganegara Malaysia sedangkan hak berpolitik mereka disekat..... kadang aku terfikir blajar tinggi-tinggi sampai nak gayat.... tapi isu politk satu haprak pun tak tau yang ni ka yang kerajaan kita mau.... menghalang student dengan mengenakan akta AUKU. Satu petikan yang aku ambil dalam malaysiakin.com mengenai Naib Canselor dari sebuah universiti berucap baru-baru ni "Minggu lalu, naib canselor UniMAP, Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata, dengan mendekati politik secara positif, penuntut akan terdedah kepada kemahiran berpidato, berhujah, berfikiran terbuka dan berani berhadapan dengan masyarakat."
Kadang-kadang suara penuntut IPT juga perlu didengari. Bagi aku, akusokong kalau Parti Mahasiswa Negara (PMN) dapat diwujudkan dan diketengah kepada umum. Kita bukan nak protes apa-apa pun tapi untuk menyuarakan pendapat. Dari petikan malaysiakini.com ""Di negara-negara maju seperti di United Kingdom, ada pemuda Parti Buruh, ada pemuda Parti Konservatif sebagai sayap Pemuda. Ada juga cawangan-cawangan parti politik di kampus. Pendedahan itu akan mematangkan idea dan pemahaman tentang demokrasi di kalangan mahasiswa," katanya kepada Malaysiakini hari ini. Dengan adanya seperti ni barulah suara penuntut kita dapat didengari. Jangan jadikan penuntut IPT ni jumud dan takut dengan politik.
Aku harap negeri yang perintah Parti Perikatan dan menghantar pendapat ke Universiti di negeri perintahan mereka agar dapat membenarkan penuntut mereka dapat berpolitik.