Tuesday, March 18, 2008

MUrtad

assalammualaikum.... sedang aku mencari maklumat di google.... aku terfikir mengenai umat ISLAM yang murtad..... apakah mereka sedar yang perlakuan mereka tu adalah perkara yang salah dan berdosa.... so malas nak cakap banyak aku nak korang baca mengenai MURTAD.... klu bleh aku nak korang copy ni dan sebarkannya sbb ini lah satu cara atau alternatif untuk kita menghalang umat islam daripada murtad supaya mereka sedar yang umat islam saban hari makin ditindas dan dihina..... daripada seorang hamba yang jahil
Maksud hadith:
Daripada Ibn Mas`ud dan `Aisyah, Nabi s.a.w. bersabda:
Tidak halal darah seseorang muslim selain daripada tiga sebab: berzina selepas menjadi muhsan, membunuh orang lain tanpa hak dan mengasingkan diri dari jemaah serta meninggalkan agama (murtad).
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dll)
"Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka hendaklah ianya dibunuh"
(Riwayat al-Bukhari dan Abu Dawud)
Dalam sejarah lampau, kes Natrah, seorang wanita Belanda yang memeluk Islam dan berkahwin dengan Mansor Adabi telah dipaksa oleh ibu bapanya keluar dari Islam (Murtad) dan menggunakan mahkamah British di Singapura untuk dibawa balik ke Belanda.Keprihatinan seluruh umat Islam & masyarakat dari seluruh pelusuk Tanah Melayu untuk berjalan kaki dan berbasikal untuk berkumpul & berdemonstrasi di Sinagpura untuk membantah & mempertahankan aqidah hanya SEORANG muslimah dari dimurtadkan tanpa sedikitpun memikirkan perasaan takut untuk berhadapan dengan bedila pelurun serta cota tentera British dan sebagainya yang menghalang mereka…Hakikat yang berlaku selepas itu hingga sekarang, umat Islam sekarang terlalu lemah dan dayus untuk hanya mampu melihat sahaja tanpa memperdulikan langsung sejumlah 100,000 (Mufti Perak), dan 250,000 kes yang telahpun murtad “tanpa paksaan” dan hanya menanti untuk didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Negara…

Sekitar tahun 1950-an, Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) pernah menyaksikan perjuangan orang Islam di dalam membela kesucian akidah seorang gadis belasan tahun (In-Re Maria Huberdina Hertogh-Natrah) yang baru memeluk agama Islam daripada usaha untuk dimurtadkan.Perjuangan yang pasti akan dikenang di dalam lipatan sejarah tersebut telah menyaksikan orang Islam di seluruh Tanah Melayu dan Singapura bangun bersatu tanpa mengira perbezaan bangsa, darjat mahupun pegangan ideologi politik masing-masing demi membela kesucian agama Islam sehingga berlakunya pertumpahan darah di luar perkarangan Mahkamah lama di Singapura.
na